MIRAJ Academy Sdn.Bhd. ditubuhkan bagi memenuhi permintaan tinggi dalam bidang latihan kemahiran oleh belia- belia lepasan sekolah, para pekerja industri dan juga sektor korporat. Kami sentiasa mengamalkan prinsip "client-focused", dan menjalankan latihan dengan pendekatan yang berbeza iaitu dengan ,emyediakan program tambah nilai sewaktu sesi latihan kepada setiap pelatih-pelatih keluaran Miraj Academy.

MIRAJ Academy adalah berasaskan kecemerlangan dalam penyampaian maklumat ketika sesi latihan dijalankan. Dengan berorientasikan "Strategi Kecemerlangan", ia membolehkan MIRAJ Academy untuk menyediakan latihan dengan nilai tambahan yang progresif , berbeza dengan mana-mana penyedia latihan yang lain.

MIRAJ Academy amat mengambil berat terhadap setiap pihak yang berkepentingan ( pelanggan/ pelatih, badan- badan kerajaan, organisasi korporat, dan orang awam) untuk mencapai matlamat utama MIRAJ Academy iaitu untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan negara pada tahun 2020, menerusi :

Latar Belakang Miraj

PVC approach

P  ractical Oriented Training;
V  alue for Money; &
C  ustomers Service that Forcuses on Client's Needs.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, MIRAJ Academy telah Berjaya menghasilkan ratusan graduan bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir industri di Malaysia. MIRAJ Academy sentiasa membuat penambahbaikan dan peningkatan kualiti untuk menjadi penyedia latihan TVET di Malaysia terutamanya di kawasan Lembah Klang.

MIRAJ Academy amat berbangga menjadi sebahagian daripada JMEducation Group, iaitu sebuah organisasi dengan kepakaran dalam perkhidmatan kaunseling serta pengambilan pelajar ke institusi luar negara. Sila layari www.jmeducationgroup.com untuk maklumat lanjut.