Bantuan Pinjaman Pengajian Kerajaan
(PTPK)

Pelajar yang kurang atau tidak berkemampuan membayar yuran pengajian diberi peluang untuk memohon PINJAMAN PENGAJIAN kerajaan dari pihak PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran). Proses pinjaman pelajar akan dikendalikan oleh MIRAJ Academy bagi membolehkan pelajar untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.

Terma & Syarat :
  1. Warganegara Malaysia yang berumur 15 sehingga 45 tahun.
  2. Mengikuti kursus persijilan atau DIPLOMA kemahiran yang di iktiraf JPK.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 5000.00.


Jumlah Pinjaman:
  1. Jumlah pinjaman adalah diantara RM 2500.00 sehingga RM 24,000.00. Ia berbeza bergantung program dan latihan yang diikuti, merangkumi:
    1. Yuran Pengajian
    2. Rm 400.00 sebulan untuk elaun penginapan dan sara hidup sepanjang pengajian
    3. Bayaran insurans premium

Bayaran balik Pinjaman:
  1. Bayaran balik pinjaman bermula 6 bulan selepas tamat pengajian.
  2. Jangka masa bayaran balik adalah diantara 1 tahun ke 10 tahun.

 

Latar Financial Assistance

Tajaan Kerajaan:
Pelajar yang memenuhi kriteria syarat atau kategori tertentu adalah layak untuk mendapat geran pengajian (penajaan). Sebarang program biasiswa atau penajaan akan di war-warkan melalui laman web dari masa ke semasa. Agensi-agensi penajaan termasuk:

  1. Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
  2. Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW)
  3. Kementerian Belia dan Sukan
  4. FELDA
  5. Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
  6. PLKB 40
  7. PENERAJU