my MY my EN     Ms. Mimi 016  254 7960     En. Din 018  984 8665     Ms. Anzilla013  840 6078     enquiry@miraj.edu.my
Site Logo
  • Utama
  • MIRAJ
    • Latar Belakang Miraj
    • Pencapaian
    • Akreditasi
    • Hubungan Industri
    • Bantuan Kewangan
  • Kursus
    • Kursus
      DIPLOMA Pengurusan Pentadbiran DIPLOMA Pengurusan Pentadbiran
      SIJIL Setiausaha Eksekutif SIJIL Setiausaha Eksekutif
      DIPLOMA Elektrik DIPLOMA Elektrik
       
      PW2 - Pendawai Elektrik Fasa Tunggal PW2 - Pendawai Elektrik Fasa Tunggal
      SIJIL Operasi Servis Makanan & Minuman
       
      Success
  • Pendaftaran
  • Testimoni
  • Galeri
    • Foto
    • Video
  • Hubungi Kami
    • Borang pertanyaan
    • Alamat
    • GPS
    • Peta
  • ▲
  • ▼

Testimoni

MIRAJ Academy Sdn.Bhd.
Ampang Malaysia

  • Utama
  • Testimoni

Nur Farisha Amira Binti Azlan - Graduan kursus SKM Tahap 1, 2 & 3 Kerani Guaman

Nurhafizah
Saya ingin berterima kasih kepada pihak MIRAJ Academy keran memberi pengalaman belajar yang sangat berharga.

Saya sangat seronok semasa belajar di sini. Saya akan selalu mengesyorkan sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran untuk berdaftar di MIRAJ Academy.

Nurhafizah Binti Abdul Malek - Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4

Nurhafizah
Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian sebagai pemegang Diploma Kemahiran Malaysia Pengurusan Pentadbiran. Banyak pengalaman yang diperoleh dan dipelajari dan yang paling menarik apabila dapat berkenalan dengan ramai kawan dari serata negeri.

Selain itu, mengenali tenaga pengajar yang sangat "friendly" dalam waktu pengajaran secara tidak langsung menjadikan kami lebih mudah berinteraksi antara satu sama lain. Di dalam kelas kami dilatih untuk berusaha sendiri dan tiada istilah "Cikgu Suap".

Suasana pembelajaran yang sempoi manjadikan saya santai untuk memahami pembelajaran yang di ajar dengan baik. Tenaga pengajar juga sangat mengambil berat tentang pembelajaran kami dan berjaya mengatasi segala masalah berkaitan pembelajaran.Saya doakan agar pelajar lepasan Diploma seperti saya terus berusaha dan kita boleh berdiri sama tinggi dengan lulusan dari kolej-kolej akademik yang lain.

Terima Kasih

Anzilla Jais - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Ketua Kerani Guaman)

Anzilla
Selama 2tahun saya belajar di MIRAJ Academy dalam bidang Ketua Kerani Guaman (SKM Tahap 3) ia telah mengubah cara pemikiran saya bahawa Institusi Kemahiran juga boleh membawa saya kearah kejayaan.

Tenaga Pengajar yang sangat berdedikasi membuatkan saya lebih gigih berusaha dan berdisiplin supaya tidak ketinggalan sedikit pun. Selain itu, kemudahan yang lengkap memudahkan lagi sesi pembelajaran dan proses menyiapkan tugasan yang diberikan.

Miraj Academy juga memberi peluang kepada saya untuk mengendalikan Majlis berprotokol tinggi dan secara tidak langsung pengurusan masa yang baik dapat diaplikasikan. Sebagai perantau dari sabah, saya mencabar diri sendiri untuk belajar di MIRAJ Academy kerana saya yakin dengan system pembelajaran di sini dan hasilnya amat memuaskan.

Kini saya juga melanjutkan pelajaran saya ke Diploma Administrative Management (DKM Tahap 4) di MIRAJ Academy . Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang banyak membantu saya untuk berjaya sehingga ke tahap ini.

Nur Zafiena Binti Mohd Fitri - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Ketua Kerani Guaman)

Nur Zafiena
Saya amat bersyukur kerana telah menamatkan pengajian saya sebagai pelatih Kerani Guaman di MIRAJ Academy. Banyak pengalaman yang saya pelajari sepanjang 2tahun belajar di MIRAJ.

Sokongan dari ibubapa dan bantuan dari tenaga pengajar yang menguatkan azam saya untuk terus berjaya walaupun keputusan SPM saya tidak berapa baik. Bak kata pepatah "Gagal Sekali Bukan Bererti Gagal Untuk Selama-lamanya".

Tenaga pengajar yang berpengalaman memberi saya keyakinan untuk belajar di sini serta membuktikan bahawa di MIRAJ saya juga mampu berjaya seperti pelajar-pelajar lain.

MIRAJ juga membantu saya dan rakan-rakan lain untuk mencari peluang-peluang pekerjaan selepas tamat dari pengajian dan kini saya telah pon berkhidmat di salah sebuah syarikat peguam. Terima Kasih MIRAJ Academy.

Siti Fatimah Binti Abdul Malik - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Ketua Kerani Guaman)

Siti Fatimah
Menempuh hidup sebagai pelajar Sijil Kemahiran Malaysia di MIRAJ Academy agak berbeza berbanding belajar di Universiti dan mana-mana Institusi pelajaran swasta yang lain dan pengalaman yang diperoleh amat berbeza serta suasana pembelajaran. Pengalaman yang diperoleh amat berbeza serta suasana pembelajaran yang "sempoi" menjadikan saya lebih seronok untuk belajar.

Kursus yang saya ambil disini berbeza dari kursus-kursus yang ditawarkan di tempat lain.ini memberi keunikan yang terdapat di MIRAJ Academy. Kebanyakkan syarikat-syarikat peguam mengambil peluang untuk mereka mangambil pelajar MIRAJ untuk bekerja di syarikat mereka. Ini kerana kami dilatih 100% sama seperti sekiranya kami sudah bekerja nanti termasuk dari segi cara pemaikaian dan saya juga kini bekerja di salah sebuah syarikat peguam di Kuala Lumpur.

Ia juga banyak mengajar saya erti kesabaran demi untuk mencapai cita-cita dan memenuhi impian keluarga. Terima kasih saya ucapkan kepada semua tenaga pengajar yang bertungkus-lumus mengajar saya dengan penuh kesabaran tanpa erti jemu.

Mandip Singh A/L Harjit Singh - Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 (Low Voltage Electrician)

Mandip
Sepanjang 3tahun saya bergelar sebagai pelatih MIRAJ Academy, ia telah mengubah cara pemikiran saya dari berfikiran sempit ke luas dan sentiasa memiliki perasaan ingin tahu. Tenaga pelajar yang berdedikasi dalam berkongsi ilmu dan prihatin dengan prestasi akademik pelajar serta berdisiplin tinggi dalam penggunaan masa telah menyedarkan saya bahawa peringkat umur untuk belajar bukanlah ukuran semata-mata. Malahan, saya juga gembira kerana suasana kolej, bilik amali & bilik kuliah amat selesa dan lengkap.

Cara belajar yang sangat berbeza jika dibandingkan ketika sekolah. Di sini kita terpaksa berdikari atau kata erti lain mengejar tenaga pengajar dan bukannya "spoon feeding".

Kemudahan perpustakaan juga tersedia untuk kami sebagai pelatih mendapatkan bahan rujukan berkaitan dengan pembelajaran. Kini setelah tamat pengajian di MIRAJ Academy, saya mampu bergerak sendiri menggunakan ilmu yang diberikan oleh tenaga pengajar yang cukur pakar dalam bidang ini.

Nor Iman Bin Mahpod - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Food & Beverage Operation Services)

Nor Iman
Saya bersyukur sekali terhadap ilahi atas segala pencapaian saya sehingga ke hari ini. Saya amat gembira belajar bersama rakan-rakan yang lain dan mendapat tenaga pengajar yang baik serta selalu menaikkan semangat saya untuk terus berjaya.

MIRAJ Academy banyak memberi dorongan kepada saya dengan menawarkan saya peluang pekerjaan separuh masa di Convention Centre KLCC supaya mempunyai lebih banyak pengalaman dalam bidang ini. Disebabkan jarak dari rumah untuk ke MIRAJ agak jauh , MIRAJ academy membenarkan saya untuk tinggal di Asrama yang berhampiran dengan MIRAJ.

Segala kelengkapan asrama disediakan dengan sebaik-baiknya dan saya berasa amat selesa. Akhir sekali, terima kasih kepada tenaga pengajar dan pihak pengurusan MIRAJ Academy kerana membantu saya dan sudah pastinya saya tidak akan melupakan jasa-jasa pihak yang terlibat.

 

jpk
tabung
cidb
Suruhanjaya Tenaga
femac
zakat
MBM
HRDcorp
site_logo

Skills + Attitude = Employment

►  ► ►

    

Miraj Academy Sdn Bhd
(859466-K) (JPK L02083)
No 9G, Jalan Draviden
(No 9G, Jalan Wawasan 4/4)
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang Selangor
+60 (0)3 4270 7428
+60 (0)3 4270 5428
enquiry@miraj.edu.my

GPS :   | |        

MIRAJ

  • ● Utama
  • ● Latar Belakang Miraj
        ▪ Pencapaian
        ▪ Akreditasi
        ▪ Hubungan Industri
        ▪ Bantuan Kewangan
  • ● Hubungi Kami

Kursus

  • ● DIPLOMA Pengurusan Pentadbiran
  • ● SIJIL Setiausaha Eksekutif
  • ● DIPLOMA Elektrik
  • ● PW2 - Pendawai Elektrik Fasa Tunggal
  • ● SIJIL Operasi Servis Makanan & Minuman

  • ● Pendaftaran

.  . .

  • ● Testimoni

  • ● Galeri
        ▪ Foto
        ▪ Video

  • ● Hubungi Kami
        ▪ Borang pertanyaan
        ▪ Alamat
        ▪ GPS
        ▪ Peta
copyright © 2009 - 2026 | miraj.edu.my
All products, logos, trademarks or registered trademarks shown or mentioned belong to their respective owners.
ascl.com