jpk
Jabatan Pembangunan Kemahiran-JPK

MIRAJ Academy (Pusat Kod: L02083) adalah pusat bertauliah yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (Jabatan Pembangunan Kemahiran, JPK) di bawah Kementerian Malaysia Sumber Manusia untuk menjalankan kursus Latihan Kemahiran seperti yang ditetapkan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan yang akan menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia (DIPLOMA & SIJIL Kemahiran Malaysia, DKM & SKM) kepada para pelajar.
Suruhanjaya Tenaga
Suruhanjaya Tenaga

Pada 2018, secara rasminya MIRAJ ACADEMY telah mendapat kelulusan sebagai Panel Institut Latihan Kemahiran Swasta Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus PW2. Ini membolehkan para belia yang mendapatkan lesen kekompetenan sebagai juru pendawaian elektrik. Perlesenan ini amat penting bagi para belia yang bekerja di industri elektrikal.

 

Akreditasi
cidb
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

MIRAJ Academy juga diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mengendalikan kursus latihan kemahiran kepada lepasan sekolah dan juga kakitangan industri pembinaan yang menganugerahkan sijil kompetensi oleh CIDB.
tabung
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran - PTPK

MIRAJ Academy adalah pusat bertauliah yang berdaftar dang mendapat kelulusa dari PTPK sebagai penyedia latihan kemahiran dan oleh itu semua pelajar Malaysia yang layak boleh mendapat manfaat daripada bantuan kewangan disediakan oleh PTPK dari segi pinjaman pelajaran serta elaun sara hidup. Pinjaman ini meliputi semua yuran kursus termasuk elaun sara hidup bulanan sepanjang pengajian. Pinjaman juga merangkumi kesemua pelajar yang ingin belajar sama ada sepenuh masa atau secara sambilan.
femac
Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia - FEMAC

MIRAJ Academy merupakan ahli aktif dalam Persekutuan Pusat Bertauliah JPK (FeMAC. Pengarah MIRAJ Academy menyumbang kepada FeMAC melalui inisiatif terancang dan berwawasan seperti program Fast Track VTO dan pembentukan konsortium di kalangan ahli FeMAC untuk menghadapi cabaran perniagaan yang semakin meningkat.
zakat
ZAKAT Selangor (MAIS)

Pada 2019, secara rasminya MIRAJ ACADEMY telah mendapat kelulusan sebagai Panel Institut Latihan Kemahiran Swasta Lembaga ZAKAT Selangor (MAIS) bagi kursus Diploma Kemahiran Malaysia Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Voltan Rendah. Ini membolehkan para belia yang berstatus Asnaf di Selangor mendapatkan pendidikan kemahiran percuma di MIRAJ ACADEMY yang ditaja sepenuhnya oleh ZAKAT Selangor.
HRDcorp
Human Resource Development Corporation (HRD CORP)

MIRAJ Academy juga CLASS A penyedia latihan di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali sebagai HRD Corp, memberikan high-end upskilling & kursus latihan semula kepada pekerja semua majikan yang berdaftar HRD Corp di Malaysia.
MBM
MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia di negara ini. MIRAJ dan MBM bekerjasama dalam melaksanakan program berbentuk TVET bagi keperluan pekerja industri yang berketerampilan dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap dan juga mengadakan kerjasama di dalam membangunkan modal insan melalui seminar, kolokium, bengkel, kursus dan lain-lain.